assalamualaikum


Wednesday, January 12, 2011

kesepian bukan kekangan untukku

Azam 2011 mengajakku untuk melupakan perkara yang remeh,menjauhi apa yang sia-sia.Aku cuba untuk rajin,cuba untuk menjadi rohaoza yang baru.Aku tau transformasi ini bakal membuatkan aku berubah dari segala macam aspek.Aku tak mahu lagi membiarkan hatiku untuk tersangkut pada mana-mana lelaki.Kerna semua itu menyakitkan...

2011 jugak ingin aku menapak dari melukakan hati sendiri.Walaupun minat aku akan kata tidak.Aku akan menjauh.Dan aku pasrah serta redha akan segala yang berlaku.Mencintai cuma kelukaan dan ada kalanya kesakitan yang membuatkan aku jadi lelah,letih...letih dalam tangisan terhadap bayang-bayang sendiri.

Bukan mudah untuk aku melupakan...dan aku akan cuba menjauhi hatiku dari tersangkut pada lelaki yang berasal dari perak dan bermula dengan wan.Sebab semua tu kesakitan.Aku tak mau lagi membiarkan parut di hati tercalar semula.Pedih sungguh luka ini.

Makin memburukkan lagi,apabila semua yang ku tersangkut,semuanya mengecewakan.Menyakitkan.Membuatkan aku benci pada perasaan jatuh hati.Seboleh-bolehnya,aku cuba berlari jauh walaupun aku tahu makin aku menjauh,makin itulah yang datang dan tersurat untukku.Aku tekad tidak akan lagi membiarkan pipiku ini dibasahi si tangisan yang menyepi dalam suram.Tak siapa tahu.Yang mereka tahu,mereka tak tahu...mereka tak tahu sebenarnya.Untuk menyalahkan,aku juga yang bersalah.Aku tak pandai nak meluahkan dan aku membiarkan saja diriku dibawa angin yang berseribu dengan kesedihan...

Jatuh hati ini bila dikecewakan bukan saja mimpi buruk,tetapi igauan yang pahit untuk ditelan.Lidah terkelu untuk berkata-kata.Kesakitan melampau bicara hatiku...

No comments:

Post a Comment