assalamualaikum


Thursday, January 27, 2011

Sekali lagi

Ya,sekali lagi aku mahu melafazkan yang aku tidak mahu lagi terjebak dlm percintaan sebelah tgn.Lelaki melayan perempuan,tak perlulah perempuan itu mudah tertipu.Terperangkap dengan bisikan cintanya.Bohong!Janji itu ini,padahal sebenarnya dia cuma mempermainkan perasaan kita.Atas kerana itulah,inilah tiketnya untuk hati aku membenci pada cinta yg saja2...

Aku takkan lagi memberi peluang untuk hatiku jatuh lagi cinta pada mereka-mereka bernama adam buat masa ni.Kalau benar mereka mencintaiku,pergilah mereka kepada ibu bapaku.Lamarlah aku seperti mana seorang hawa yang mendambakannya.Biarlah kita terikat atas ikatan yang suci....kemudian,barulah sama-sama kita membajai cinta itu.

Aku makin serik,bahkan rasanya tak mahu lagi mengenali siapa lelaki buat masa ini.Saat hati aku bergetar melihat mereka,terus aku memujuk yang mereka bukan jodohku.Ada kalanya aku meniupkan perasaan benciku.Salah mereka!Kenapa harus melukai wanita ini sehinggalah ada rasa benci..lalu membenci pada mereka yg tak bersalah juga.

Bosan...Cinta itu ada kalanya cuma kepalsuan.Bibir bermadah cinta,tapi manusia selalu sahaja menjadikan cinta itu boneka.Hebat,wahai mereka yg suka menyedihkan hati seorang insan bernama hawa ini....Apa mereka fikir mereka sudah cukup bagus?

No comments:

Post a Comment